jahanamlah dengan kamu
Venus
jangan terkinja-kinja
melantunkan panah asmara
sekalipun hati ini masih merah
aku sudah tidak berapa kisah
jahanamkan bala tentera kamu
jahanamkan cerita cinta kamu
aku hanya ada masa untuk Athena
dalam sehari dua
Wednesday, May 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
U r a girl rite? Tapi kenapa jahanam la Venus dan bukannya Mars?
ReplyDeletesebab Venus adalah dewi cinta
ReplyDeleteMars adalah dewa perang
saya hanya mahu mengutuk cinta
bukannya perang
secara langsung
kenapa marah pada si Venus
ReplyDeletekalau hakikatnya perawan tumpas pada Arjuna
busur tersilang di tangan
merentap nurani dari gerakan lembut
bicara tulus bahasa
namun
Arjuna bukan sesiapa
seekor lagi kambing hitam
dihitamkan mereka-mereka
yang mencari alasan
menghalalkan segala khilaf perbuatan
biarkan Venus berdansa
pada paluan cinta
insan-insan yang merayap
mencari secarik lembaran
ketenangan
Venus ada pada kita
jahanamkan Venus umpama jahanamkan kita
manusia yang polos
enteng pada kebenaran
kadangkala lupa
hakikat cinta yang agung
setia