.
RSS
Showing posts with label metaphoric. Show all posts
Showing posts with label metaphoric. Show all posts

Wednesday, May 20, 2009

Jahanam Kamu, Venus

jahanamlah dengan kamu
Venus

jangan terkinja-kinja
melantunkan panah asmara
sekalipun hati ini masih merah
aku sudah tidak berapa kisah

jahanamkan bala tentera kamu
jahanamkan cerita cinta kamu

aku hanya ada masa untuk Athena
dalam sehari dua

Saturday, May 2, 2009

Lena, Lara, Luka

Lena gering.
yang pertama kali jadinya
mungkin darah kerabat pun tidak kebal

Lara dirindu.
tapi masih berbaring kaku
kerana jari-jemari masih lagi bangku

Luka belum berkhabar.
walaupun masa purnama sudah tiba
kerapnya hidup berpenunggu

tidak mengapa, sabar masih ada