.
RSS

Monday, December 21, 2009

Punya

carikan aku
hati emas bukan batu
mata kaca jangan palsu
kaki cantik bersarung sepatu

masih carikan aku
seperti sayang ayah sedalam ibu
sayang kakak, adik pun begitu
sayang lelaki yang terus selalu

carikan aku
punya

Thursday, December 17, 2009

Lembar Lagi

dalam kemaruk hidup ini
waktu lagi menyepi
seperti asap kelabu yang hilang
di celah awan tinggi

kerikil jalan pun sama sibuk
terhoyong-hayang macam mabuk
memburu pilihan ini sampai pekat
sampai hati sama hitam

wahai Kekasih
pimpinkan aku dari belenggu
turunkan buku ku dengan wahyu 
tetapkan jalan ku hanya satu

Wednesday, May 20, 2009

Jahanam Kamu, Venus

jahanamlah dengan kamu
Venus

jangan terkinja-kinja
melantunkan panah asmara
sekalipun hati ini masih merah
aku sudah tidak berapa kisah

jahanamkan bala tentera kamu
jahanamkan cerita cinta kamu

aku hanya ada masa untuk Athena
dalam sehari dua

Saturday, May 9, 2009

Ponder

why not we ponder on this
let's talk on what's been amiss
instead of acting like i don't exist
why don't come to me vis-a-vis

no need to act dumb by giving me that look
no need to portion out all the blames
you know i'm better at you in that book
silence treatment is always my game

how many times should i say
so you would finally see it

good luck playing games i don't want to play
when you're done just beat it

Friday, May 8, 2009

I Looked

i found love when i'm not looking
i found love when i looked away
i found love when i'm looking for something else
i found love when i looked at you

Thursday, May 7, 2009

In, Just About Again

i stood paralysed
with my orange ballpoint pen
i can't stop smiling
to my left and to my right, left again

there's a rush in my veins
not of blood, not of pain
it's ethereal
somehow even words can't explain

with it came a tint of blue
saying i want to, i want to
all those things i have forgotten how to

like singing you goodnight
like kissing you awake
like buying sweet and thoroughly useless memento
like hugging you to death
like laughing at you, silly
like talking to you on the phone until i fall asleep
like being with you

like missing you

like knowing the pain of having you far

like falling for you, again tonight
again this time

Wednesday, May 6, 2009

Buah Hati

sampainya satu suara
lewat malam ini; memintakan lagi

bekalkan aku satu sumpah yang setia
biar jadi doa
biar jadi sukma
biar memimpin tangan aku yang terhilang

katanya; di atas dunia
ada satu tangkal menyimpan rahsia
diturunkan, dipasungkan dalam dada
satu pasak cinta
satu pasak nada
satu hanya hadir bila ada nyawa

oh, Tuhan
kirimkan; jari-jari kecil
untuk mengingatkan tentang diri-Mu
beri kesempatan
untuk memanjangkan syukur ini
pada satu senyuman

buat kesekian kalinya

Tuesday, May 5, 2009

Reda

desiran angin menyentuh halus rambutnya
menjamah nipis bibirnya
dan meresap terus pada liang-liang kulit yang terbuka
mengingatkan perempuan ini
tentang cintanya yang hilang
dan rindu lamanya yang bersarang

dari helaian-helaian tulisan dalam genggaman itu
dia belajar
bahawa cinta sentiasa punya peluang kedua
tapi lewat malam kosong ini
dia hanya mahu menangisi cinta pertamanya

aduh, pernahkah sesiapa tahu
bila cinta berkubur, hati pun ikut lumpuh
yang tinggal hanyalah keras batu nisan
untuk dihantukkan kepala biar terkesan sakitnya

kalaupun kamu mengucapkan cinta
bahkan membaca tulisan ini ribuan kali
tidak akan tereda kamu melainkan sakit itu datang sendiri

Monday, May 4, 2009

Terdahulu

kita
hanyalah hasil-hasil kasihan
dari penyair, pemuisi cinta terdahulu

bilamana dari bait-bait Rumi
kita himpunkan seratus tiga cerita cinta
dan dari belahan rasa Dickinson
atau kucupan mesra Angelou
turunlah ilham-ilham agung kita

sepertinya saya
adalah hasil-hasil picisan
dari kesemua perasaan orang yang terdahulu

Sunday, May 3, 2009

Monyet Di Hutan

tadi dalam enam atau tujuh semuanya
banyak yang berceritera tentang Gaza
derita yang ini dan sakit yang itu
boikot begini begitu

aku bukan memperlagakan idea mahupun meludah cara
cuma hairan

dalam perjalanan ke sana sahaja
ada sisa-sisa di bawah jambatan dan kiri kanan jalan
tapi yang lalu lalang sedikit pun tak pandang
masalahnya aku pun sama
'kapasitor, kapasitor' kataku

bedungku bukan fatwa agama
tidak juga air ludahku yang berwarna lewa
tapi dalam akal dangkal, firasatku berbisik

satu hari nanti, adakah Tuhan akan bertanya
apa sumbanganmu pada Gaza
mana pakaian, makanan dan bala tentera
dari kamu
berapa berat hasad dendam dan daki benci
yang kamu simpan untuk Dia?

atau ini
apa lakumu kepada mereka
yang tidur di birai jalan tidak berpintu,
yang menghunus kotak tisu dan bermain organ dalam dunia hitam
mana tangan kamu pada
gadis-gadis yang menjudikan kesemuanya
lalu anak-anak kecil makin banyak
di rumah-rumah kongsi yang makin kurang
mana?

di laman rumah kamu
di belakang pintu kamu
di sebelah-sebelah jalanmu

kalau kulit kita terus suci
kerana kita dilahirkan bersalut Islam
kenapa lebih banyak peraturan dan had tetap pada kita
bukan mereka
kalau dengan nama Islam saja
kita terus lebih baik dari mereka yang lain
kenapa mereka selalu menang?

yang sebenarnya
kita hanya diukur pada satu jenis senggatan
kemanusiaan

Saturday, May 2, 2009

Lena, Lara, Luka

Lena gering.
yang pertama kali jadinya
mungkin darah kerabat pun tidak kebal

Lara dirindu.
tapi masih berbaring kaku
kerana jari-jemari masih lagi bangku

Luka belum berkhabar.
walaupun masa purnama sudah tiba
kerapnya hidup berpenunggu

tidak mengapa, sabar masih ada

Friday, May 1, 2009

Kamu

aku sukakan kamu
tapi hujung hidupku buntu
mungkin aku belum sedia untuk kamu
mungkin kamu pun loya melihat sendu
mungkin kamu akan nampak bayang lesu
luka-luka biru yang merajai aku
mungkin kamu tak akan selalu
punya rindu beribu-ribu
mungkin kamu mahu terus hidup melulu
mungkin kamu tak perlu jadi tempat mengadu
ini bukan permainan bahasa terdahulu
jauh lagi cerita cinta palsu
ini adalah kenyataan-kenyataan bisu
bahawa mungkin kamu tak perlukan aku
tapi aku sukakan kamu!