.
RSS

Sunday, May 3, 2009

Monyet Di Hutan

tadi dalam enam atau tujuh semuanya
banyak yang berceritera tentang Gaza
derita yang ini dan sakit yang itu
boikot begini begitu

aku bukan memperlagakan idea mahupun meludah cara
cuma hairan

dalam perjalanan ke sana sahaja
ada sisa-sisa di bawah jambatan dan kiri kanan jalan
tapi yang lalu lalang sedikit pun tak pandang
masalahnya aku pun sama
'kapasitor, kapasitor' kataku

bedungku bukan fatwa agama
tidak juga air ludahku yang berwarna lewa
tapi dalam akal dangkal, firasatku berbisik

satu hari nanti, adakah Tuhan akan bertanya
apa sumbanganmu pada Gaza
mana pakaian, makanan dan bala tentera
dari kamu
berapa berat hasad dendam dan daki benci
yang kamu simpan untuk Dia?

atau ini
apa lakumu kepada mereka
yang tidur di birai jalan tidak berpintu,
yang menghunus kotak tisu dan bermain organ dalam dunia hitam
mana tangan kamu pada
gadis-gadis yang menjudikan kesemuanya
lalu anak-anak kecil makin banyak
di rumah-rumah kongsi yang makin kurang
mana?

di laman rumah kamu
di belakang pintu kamu
di sebelah-sebelah jalanmu

kalau kulit kita terus suci
kerana kita dilahirkan bersalut Islam
kenapa lebih banyak peraturan dan had tetap pada kita
bukan mereka
kalau dengan nama Islam saja
kita terus lebih baik dari mereka yang lain
kenapa mereka selalu menang?

yang sebenarnya
kita hanya diukur pada satu jenis senggatan
kemanusiaan

No comments:

Post a Comment