.
RSS

Tuesday, May 5, 2009

Reda

desiran angin menyentuh halus rambutnya
menjamah nipis bibirnya
dan meresap terus pada liang-liang kulit yang terbuka
mengingatkan perempuan ini
tentang cintanya yang hilang
dan rindu lamanya yang bersarang

dari helaian-helaian tulisan dalam genggaman itu
dia belajar
bahawa cinta sentiasa punya peluang kedua
tapi lewat malam kosong ini
dia hanya mahu menangisi cinta pertamanya

aduh, pernahkah sesiapa tahu
bila cinta berkubur, hati pun ikut lumpuh
yang tinggal hanyalah keras batu nisan
untuk dihantukkan kepala biar terkesan sakitnya

kalaupun kamu mengucapkan cinta
bahkan membaca tulisan ini ribuan kali
tidak akan tereda kamu melainkan sakit itu datang sendiri

No comments:

Post a Comment