.
RSS
Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Monday, December 21, 2009

Punya

carikan aku
hati emas bukan batu
mata kaca jangan palsu
kaki cantik bersarung sepatu

masih carikan aku
seperti sayang ayah sedalam ibu
sayang kakak, adik pun begitu
sayang lelaki yang terus selalu

carikan aku
punya

Wednesday, May 6, 2009

Buah Hati

sampainya satu suara
lewat malam ini; memintakan lagi

bekalkan aku satu sumpah yang setia
biar jadi doa
biar jadi sukma
biar memimpin tangan aku yang terhilang

katanya; di atas dunia
ada satu tangkal menyimpan rahsia
diturunkan, dipasungkan dalam dada
satu pasak cinta
satu pasak nada
satu hanya hadir bila ada nyawa

oh, Tuhan
kirimkan; jari-jari kecil
untuk mengingatkan tentang diri-Mu
beri kesempatan
untuk memanjangkan syukur ini
pada satu senyuman

buat kesekian kalinya

Tuesday, May 5, 2009

Reda

desiran angin menyentuh halus rambutnya
menjamah nipis bibirnya
dan meresap terus pada liang-liang kulit yang terbuka
mengingatkan perempuan ini
tentang cintanya yang hilang
dan rindu lamanya yang bersarang

dari helaian-helaian tulisan dalam genggaman itu
dia belajar
bahawa cinta sentiasa punya peluang kedua
tapi lewat malam kosong ini
dia hanya mahu menangisi cinta pertamanya

aduh, pernahkah sesiapa tahu
bila cinta berkubur, hati pun ikut lumpuh
yang tinggal hanyalah keras batu nisan
untuk dihantukkan kepala biar terkesan sakitnya

kalaupun kamu mengucapkan cinta
bahkan membaca tulisan ini ribuan kali
tidak akan tereda kamu melainkan sakit itu datang sendiri

Monday, May 4, 2009

Terdahulu

kita
hanyalah hasil-hasil kasihan
dari penyair, pemuisi cinta terdahulu

bilamana dari bait-bait Rumi
kita himpunkan seratus tiga cerita cinta
dan dari belahan rasa Dickinson
atau kucupan mesra Angelou
turunlah ilham-ilham agung kita

sepertinya saya
adalah hasil-hasil picisan
dari kesemua perasaan orang yang terdahulu