.
RSS

Wednesday, May 20, 2009

Jahanam Kamu, Venus

jahanamlah dengan kamu
Venus

jangan terkinja-kinja
melantunkan panah asmara
sekalipun hati ini masih merah
aku sudah tidak berapa kisah

jahanamkan bala tentera kamu
jahanamkan cerita cinta kamu

aku hanya ada masa untuk Athena
dalam sehari dua

3 comments:

  1. U r a girl rite? Tapi kenapa jahanam la Venus dan bukannya Mars?

    ReplyDelete
  2. sebab Venus adalah dewi cinta
    Mars adalah dewa perang

    saya hanya mahu mengutuk cinta
    bukannya perang

    secara langsung

    ReplyDelete
  3. kenapa marah pada si Venus
    kalau hakikatnya perawan tumpas pada Arjuna
    busur tersilang di tangan
    merentap nurani dari gerakan lembut
    bicara tulus bahasa

    namun
    Arjuna bukan sesiapa
    seekor lagi kambing hitam
    dihitamkan mereka-mereka
    yang mencari alasan
    menghalalkan segala khilaf perbuatan

    biarkan Venus berdansa
    pada paluan cinta
    insan-insan yang merayap
    mencari secarik lembaran
    ketenangan

    Venus ada pada kita
    jahanamkan Venus umpama jahanamkan kita
    manusia yang polos
    enteng pada kebenaran
    kadangkala lupa
    hakikat cinta yang agung
    setia

    ReplyDelete